Monday, November 29, 2010

MCOBA FC

MCOBA oh MCOBA...
ni la sebahagian drpd team MCOBA FC 2010.. separuh lagi takde sbb xturun masa game ni.. ni la nasib team mcoba each game slalu xde full strength
siap ada game yg xde goalkeeper.
team tahun ni ramai muka2 baru di kalangan student so tiap kali cuti ke ramaila yang balik kampung.. tu yg xcukup player..
xleh nak salahkan sesape pun sbb xsemua bleh bg komitmen setiap hujung minggu..so mana yg sanggup tu terpaksa ar korbankan masa dari lepak ngn keluarga or awek tercinta.
tahun ni kitorang dalam 1st division..ada 8 team..
dah habis pun league game this year
overall result kitorang seri 5 game kalah 2 game..
maknanya next year turun 2 division la pulak
next season kena organize team btol2..kita try dapatkan jersi baru ke socks ke (socks da longgar habis tu)
pape pun thanx + congrats to all players sbb dah berusaha sehebat mungkin
kita still ada lagi ansara cup..so bleh target johan lagi tu
satu lagi..
hopefully dptla fund/sponsor dr MCOBA untuk byr duit pdg+ref
or mane2 old boys / budak koleq yang bermurah hati nak sponsor bleh la inform aku ni.. kalau nak paperwork pun bleh je nak sediakan..

MCOBA FC 2010: YASSER 01 (KAPITAN); MAT 01; PARI 01; KUCHAI 01; DOBE 99; PAEH 99; RAZI 06; ROKA 04; FAHIM 04; FUAD 04; HADRI 00; PEJAL 95; ALANG; USTAD; MONE 99; HAKIM 04; RAFI 07; ZAID 02

Tuesday, September 28, 2010

i like


Pregnancy test
 finally... hehe
dia da start mabuk2 + semput
ntahla.. tak tau nak ckp pe..                                   
cuma tersangatla hepi..
seronok lak tgk achikpaie start morning sickness
khamis lepas gi klinik & br dpt confirmation..
br +/-5 minggu..
amin......



* gmbr2 ni semua sekadar suka2 saje

Tuesday, August 31, 2010

lurus dan rapatkan saf

topik kali mainly pasal solat jemaah..
da beberapa kali aku tgk diorg ni ramai jugak yang nak berjemaah kat surau..
terang2 + jelas2 kat dinding tu ada tulis tolong lurus dan rapatkan saf.. even pak imam pun ada mention kekadang tu b4 start takbir TAPI still jugak ada yg tak reti2 nak luruskan dan rapatkan saf
nak jugak wat pot tepi2 tiang, tepi dinding
ntah ape la yg ada..kot2 la ada yg spesis nak terkucil tetiba dahtu kalau lambat je berterabur la kang
so sesape yg ada terbaca blog aku ni tolongla educate sket org2 yg nak semayang jemaah ni supaya time solat jemaah tu lurus dan rapatkanla saf tu..
ada satu kes tu beria btol pakcik ni xbg bebudak blum cukup umo tu sebaris ngn jemaah lain
alih2 dia yg semyg sorg dia baris tu taknak join jemaah lain..
so skali lagi aku harap korang dpt tegur benda2 simple dan betulkan if ternampak life depan mata
aku pun akan pastikan hal cmni xjd depan mata..
cuma td je time terawikh aku terpandang serong kat pakcik sebelah kiri aku yg xnak rapatkan saf..
bucuk ke aku nih padahal da sembur perfume sblm gi..

Tuesday, August 10, 2010

:: Buat Suamiku Yang Tercinta :: Ketika Allah Memilihmu Untukku ::

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..

Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..

Orang tua yg begitu sempurna..

Dengan cinta yg begitu membuncah..

Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..

Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin
menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..

Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,

Kau dan aku akan menjadi 'kita'..



Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,

Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka pimpin tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..

Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..

Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,

Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah.. Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..

Namun tatap mataku, tersenyumlah..

Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..

Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..

Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap teduhanku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..

Maka dimataku kau adalah yang terindah,

Kata2mu adalah titah untukku,

Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah teduhan yg indah, yang kukuh…

Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..



Padamu yang Allah pilih menjadi penyangga hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..

Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..

Yang di puncaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,

Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..

Yang darahnya mengalir darah syuhada..

Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh barkah, kau mampu membentuk mereka..

Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu..
Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi.. Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

..FAIDAH..

Monday, August 2, 2010

Restoran RIMBA KLASIK kotor???

aku xde nak menghasut mana2 pihak tp ni ape yg jadi kat aku semlm..
aku, faie n my cousin gi makan kat RIMBA KLASIK, bangi.. korang tau kot ktne..
xtau la kebetulan ke atau memang da berbulan cmtu xpasti la..
cuma semlm aku tgk kebersihan restoran tu sgtlah hampeh..
meja kotor, berlekit.. ntah cemana la diorg servis tempat tu..
kebetulan jugak air xde semlm.. dahtu xde lak diorg standby air utk basuh tgn..
tandas of kos la lagi teruk dr tandas awam x terselia..
menyesal lak gi situ semlm.. terpaksa stay jugak sbb stail aku da duduk tu malas nak kuar bgn cari kedai makan lain...huhu.

1 lagi kes.. group yg makan blakang aku tu ada yg makan nasi goreng .... then ada la udang goreng skali..
habis makan br diorg perasan ada telur lalat kat kpala udang tu..
bila aku dgr tu terus aku sibukkan diri sbb nak tgk dgn mata sendiri.. memang ada telur tu..
uweeeeekkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!
kesian achikpaie pun order benda yg sama..
so terus kena stop makan la..

KOTOR dan XUTAMAKAN KEBERSIHAN..
nak mintak jbtn ke agensi ape untuk siasat erk??

kpd pemilik dan pekerja restoran RIMBA KLASIK tu tolongla utamakan kebersihan..
nak jual benda makan kat orang ni kenala sediakan yg terbaik.. kang xberkat duit yg dpt tu..

Monday, July 26, 2010

bola vs achikpaie...

rasa terpanggil lak nak tulis something arini..
each time maen bola ada je habuan aku dpt..
last 2 weeks kena sepak sampai bengkak kat lutut nih..
then last week kena pijak kat ibu jari kaki lak sampai kena cabut kuku
yg lepas2 ada lagi la so hopefully next game dah xkena pape cmtu..
31st ni ada mcoba futsal tournament.. target tahun ni sama je macam tahun2 sblm ni..nak johan la..

kaitan ngn tajuk atas tu just sbb achikpaie yg kena ikut ke mana je aku gi maen bola..
pening2 pun dia setia join gi tgk aku maen bola
ada jgk time2 yg dia xbg aku maen bola sbb tgk injury aku teruk sgt
tp aku blasah gak gi maen TAPI dengan syarat balik je xleh ngadu2 sakit lagi..huhu

byk la aktiviti2 jalan2 bersama achikpaie yg terpaksa dikorbankan sbb bola nih..
mujurla achikpaie penyabar dan xbyk songeh..
dan xde jgk dia mogok xnak ikut bila aku nak gi maen bola
sampai serak la dia bersorak kat tepi padang

sayang achikpaie..
"ye la kan.. dah isteri kita"

Wednesday, July 7, 2010

http://www.41q.com

Your personality type: "Energetic Doer"
Friendly, adaptable, action-oriented. 'Doers' who are focused on immediate results. Living in the here-and-now, they're risk-takers who live fast-paced lifestyles. Impatient with long explanations. Extremely loyal to their peers, but not usually respectful of laws and rules if they get in the way of getting things done. Great people skills.



Careers that could fit you include:

Sales representatives, marketers, police, detectives, paramedics, medical technicians, computer technicians, computer technical support, entrepreneurs, comedians, agents, race car drivers, firefighters, military, loan sharks, con men, auditors, carpenters, craft workers, farmers, laborers, service workers, transportation operatives.

uiks!!! bleh plak test ni decide aku sesuai jd loan sharks!

Monday, June 28, 2010

england "macam baguih"

aiseh.. letih rasa tgk game england vs germany semlm..
media kita lak pun bersungguh2 sgt tiap2 kali berita sibuk psl england je.
team gerrard & co ni takde spark langsung..dahtu slow la pulak
dah coach tu italian maknanya team england pun bungkus jugak la mcm team italy tu..
skrg tggl 2 lagi team fav aku..spain & argentina..
bleh jumpa final kot ni. tp still spain kena kalahkan portugal ngn brazil

tiap2 kali tgk game kat fudcourt ker kat mamak kembar ke or kat umah achikpaie la setia meneman..
w'pun dah merah mata dan dah tersengguk-sengguk still dia xngaku da ngantuk..
sanggup dia bertahan tgk bola w'pun dia xbrape paham bola ni.. pasal ofsaid lah..pasal kotak2 dlm padang tu la.. pasal goal kick, foul dan byk lagi la..
ni yang bertambah sayang achikpaie nih...moga berkekalan la sampai akhir hayat..
tp kesian achikpaie team fav diakalah awal..itali tu..cuma tinggal team germany..
so sama2 la tggu sape juara welkap kali ni..

setakat ni kitorg berjaya kumpul 15 keychain finalis welkap..byk lagi xde ni.. so sesape beli jack&jill tu usha tgk dpt keychain negara mana then inform kitorg erk..

Friday, June 11, 2010

finally

alhamdulillah
settle dah majlis perkahwinan dua2 belah..
puas hati sbb ramai gak saudara mara yang dtg..tima kasih banyak2..
geng, kawan rapat dari skolah rendah & menengah,  guru2 SRKBS & MCKK pun ada yg mai..
cuma bila ramai2 tu terkilan xdapat nak bergambar dengan semua orang..
ada jugak yg janji nak dtg tp last minit ada je halangan xbleh mai..
pape pun terima kasih kpd semua ahli keluarga yang tlg arrange majlis bersejarah ni, geng kompang, tetamu yg mai, yg berhasrat untuk mai, yg bagi hadiah dan yg doakan kebahagian kitorg..


gambar byk lagi tp xsempat nak ambil..
next time br nak update..
lama jugak xupdate blog ni..huhu

Wednesday, May 5, 2010

menghitung hari

dah makin dekat ni mcm2 lak rasa..
gemuruh ada.. sometimes tu cepat je lupa pape yg penting
xsempat jgk nak wat persiapan2 lain..
keje keje keje.. balik umah je da tentu penat & nak tdo.. aiseh..
nak cuti & tdo puas2 isnin depan.. huhu

Tuesday, April 13, 2010

pantang larang masa bagi ceramah a.k.a taklimat

dah lama nak tulis isu ni tp skang baru berpeluang..
tambah membuak2 pas terdengar cite yang tak sedap didengar
komen pasal bg2 ceramah ni..

pantang mcm2 pantang.. aku pun sambil blajar lagi cemana nak bg ceramah sebaik mungkin..
ada yg aku dapat dr slide2 panduan pengucapan awam & ada jugak drpd kawan2..

1st: jgn kuarkan ayat2/perkataan2 tidak sopan.. contohnya babi, celaka, haram jadah
      kang xberkat lak ilmu tu.. satu hal lagi takut audiens malas dgr
2nd: elakkan dr guna ayat:
        " sebenarnya sy tak brape pandai bab ni tp dah terpaksa "
mcm nak dedahkan kelemahan diri..
3rd: jgn malukan individu dengan buat lawak guna nama audiens atau mak bapak audiens
4th:  jgn wat lawak yang susah nak difahami dan akhirnya ketawa sendiri or lawak basi..
5th: elakkan dr berjanji tp tak berniat pun nak tunaikan..
6th: jawab soklan yg ditanya & pastikan tak lari tajuk.. da tak tau nak jawab tu tu baru la kata nak semak dulu ke hape ke..senang cite jgn bodoh sombong..
7th: paling penting aku sedar ialah if yg nak bg ucapan tu level B biarla ucapan tu  bertaraf A ke B+ ke atau A+.. jgn lak yg bg ucapan tu gred B tp ucapan ala2 C- ke D ke..fail la..

pe lagi erk tips nak bg ucapan rasmi ke ceramah ke erk..
kot ada tambahan bleh ar aku update..

Thursday, March 25, 2010

dosa besar tabur fitnah & burukkan nama orang... settle kat akhirat

ish..ish..ish.. (harap2 korang bleh faham cite ni)

ape nak jadi da ngan orang sekarang ni
biasanya aku akan bising if ada org kenakan member2 aku tp kali ni jadi kat org paling dekat & rapat dgn aku lak..

masa bertunang dulu dah decide dah pun antara 2 keluarga yang keluarga aku akan dtg masa cuti skolah bulan 3 untuk hantar belanja hantaran.. of kos la kluarga aku excited bila nak tggu hari trsbt disebabkan xlama lagi akan dapat ahli baru dalam keluarga..
pihak dia pun dah aware pasal ni..& disebabkan ahli keluarga dia yang tak ramai maka lagila wajib semua ahli kluarga dia ada hari tu.. takkan nak tggl kat mak abah je sambut2 tetamu dari jauh..

then...
mggu  hari nak bertandang tu tetiba dia dapat surat untuk tugas luar pd hari sabtu..
dahla lambat dapat arahan & xde lak inform dulu dia kena wat tugas tu..
dah timbul konflik dlm diri dia:

1st nak jaga hati keluarga yang akan datang bertandang
2nd nak tepati janji tarikh yang dah booking utk kluarga aku hantar blanja..
3rd nak jaga hati mak abah kat rumah yang nak semua anak dia terlibat hari tu
vs
nak ikut arahan tugas luar yang mcm ambil mudah & bg last minit

cmne la pendapat korang erk...
dia pun maklumkan pd 2 org yang incharge lantikan 'tugas ' tu
dah bgtau pd orang pertama so orang pertama tu mcm xrespon until 3rd time br reply
then sbb bimbang hal ni tak disampaikan pd org atas dia pun contact org yg kedua...
so org yang kedua ni lak bagi jaminan

"KAU TAK PERLU RISAU..DAH MASUK MITING PENGURUSAN PUN.. DAH ADA JABATAN XXX YANG GANTI"

if aku pun kalau urus setia dah bgtau cmtu maknanya xde la lagi nak kena wat tugas tu..
then bolehla penuhi hasrat keluarga dan bakal keluarga weekend tu.. dengan fahaman xjd isu la bila dia xgi wat tugas tu nanti & hal tu dah dimaklumkan kepada pihak yang sepatutnya la..

yang jadi isu lak sbb ntah mulut sape gi bawak cite dia ni xwat tugas tu sbb takot la.. sebab gi kursus kawen la.. lari la & ntah pape lagi lak alasan. terpulang sesape nak buat andaian tp bila sampai dah jadi buah mulut & buat dia terasa hati (termasuklah aku) maknanya fitnah la tu.. apa lagi kita tuntut di akhirat la...

Saturday, March 6, 2010

promote tudung HELWAH COUTURE

 bley view blog nih: http://fai3dealova.blogspot.com 
semua tudung ni ummi & faie yg jahit sendiri..
nak view real pun bley if nak tgk kualiti jahitan tudung2 tu
tp inform dulu..

Wednesday, February 24, 2010

budak koleq

semlm ada ptd br masuk bhgn aku.. so ni la perbualan awal antara aku ngn dia sbb nampak dia cam kebosanan tgk pc yang takde connection internet
aku: ko study u mane?
dia: usa
aku: dalam hati "mcm siot.. sebutla nama u tu then br la usa tu"
owh... ko skolah mane la sblm tu?
dia: malay college kuala kangsar...(penuh lak dia jwb)
aku: budak koleq la.. ('ko sebut mckk pun satu malaya da tau').. ko ni batch mane?
dia: 03
aku: erm..aku 01.. house ape dulu?
dia: ahmad shah..(sambil blur2)
aku: weh.. ape pulak ahmad shah..mohd shah ke ahmad? kaler pe la house ko tu?
dia: biru (dengan penuh conpiden)
aku: ko jgn wat malu koleq.. kat koleq mane ada house kaler biru.. koleq merah kuning hitam ngan putih je... (kena squad jump jugak dia ni kang)
pastu aku malas da tanya dia pasal life koleq ke ape ke yg ada kaitan ngan koleq.. dia penah masuk koleq dr form 4 & mgkn sbb tu dia xde speret koleq tu...
= we are the cream of the malays =

Sunday, February 14, 2010

hepi chinese new year

post ni spesel untuk best fren aku cik maebel leong sai fong yang da kekenyangan makan besar semlm...kenyangnya sampai ke hari ni..fuh...
cmne kitorg leh rapat erk..erm..masa kursus DPA INTAN la kitorang kamcing.
kebetulan lak sesama exco..mae ni orang paling positif pernah aku knal.. tak rugi berkawan ngn dia ni..januari ni dia start posting baru kat KPM.. kalau sebelum ni aku incharge unit latihan skrg ni dia lak yang incharge latihan..aku pun januari ni dpt posting baru.. gudluck beb..

untuk cik mae...
selamat tahun baru cina ye...
xtau nak beli kad sbb xpaham makna tulisan dlm tu..

Wednesday, February 3, 2010

:: DUAsembilanSATU ::




Friday, January 29, 2010

School's anthem

Oh Kolej Melayu
Harapan Bangsaku
Dengan Sejarah yang Cemerlang
Harumlah Namamu

Kolej Istimewa
Didikan untuk semua
Keluar membimbing negara
Maju terus mara

Banggaku rasakan
Khidmatku berikan
Takku lupakan jasa-jasamu
Oh Kolej Melayu

Thursday, January 14, 2010

kalaulah aku....

erm..bukan nak nyanyi lagu P Ramlee pun..
cuma nak kaitkan dgn situasi kerja seharian...
teringat ape yg jadi pada kawan di manchester yg mengalami nasib xbrape baik mggu ni.
kalau ada kaitan dengan yang hidup dan yang mati pun biarlah...sebagai renungan di petang yang mendung ni.


kalaula aku dapat naik pangkat....
lagi cepat aku pinang achikpaie.. =)
kalaula aku dapat naik pangkat....
patutla aku usaha lagi utk naik lebih lagi..hehehe
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku guna untuk nak sombong dengan staf lain.ish3x mintak simpang
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku malukan sesape depan orang lain.. berdosa besar aibkan orang..
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatutla aku sesibuk peringatkan gred manakah org yg berckp dgn aku tu...
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku nak emo2 tak tentu pasal bawak mslh dalaman lepas kat org lain...  
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku nak tentukan org tu ade komitmen ke x w'pun org tu blum kawen ke ape ke..

Allah itu Maha Adil...amin....

mane tahu nanti tuhan balas balik kat kita sampai kita ditinggalkan sorg je xde pasangan dah..hah masa tu la baru nak ingat balik time kita sibuk2 lepaskan marah kat org lain..

kalaula aku dapat naik pangkat....
kalaula aku dapat naik pangkat....


brape byk kalau la...huhu

Tuesday, January 12, 2010

bye bye BPSM hai hai BI

officially semlm 11 januari aku tukar ke bhgn infrastruktur..
dapat surat hari rabu lepas & b4 out station gi gerik sempatla turun BI..
kononnya nak survey & booking memana post kosong tp cuma ada 2 je pun post kosong..pasrah la dapat mana pun..keje tetap keje..ni pluang utk tambah lagi kemahiran bidang. bidang sebelum ni takla mahir tp at least tau la jgk sket2 if org tanya isu HR ni...

sgt best kerja di BPSM sepanjang 2 tahun ni.. tanx bebanyak kat semua warga PSM.
masuk BI ni mgkn ambil masa kejap utk nak stabilkan diri.. beza la PSM ngn BI ni tp da nampak da cmne bestnya wat keje baru ni..hopefully dapat wat yg terbaik..

sedih jgk sbb da xnampak achikpaie depan mata..huhu.. tp da sepatutnya pindah pun.belum declare lagi dah aware pasal kemungkinan kena tukar bhgn ni so terima je la dgn hati terbuka.. bukan jauh mana pun..beza 4 aras je.

tak tau nak tulis pe cuma mggu ni agak tak best sebab semlm je da kena gi kecemasan putrajaya tp balik b4 dapat rawatan sbb da tak tahan sakit kepala tggu lama sgt..then pagi ni pun gi balik hospital putrajaya untuk check up then dapat tau ada lak sakit lain..tensen2.. da kena berpantang pulak.. harap2 esok xde pape yg xmenarik jd pulak la.. doa2 la moga cepat sembuh sakit tu...amin....

Sunday, January 3, 2010

hepi new year

da masuk 3 januari pun ni..tp blum terlewat utk wish korang selamat menyambut tahun 2010..
xsempat pun nak pikir ape azam tahun 2010 ni sbb nak pikir pasal keje lagi satu hal..
maybe next week nak cuti lama sket utk rest n balik kampung.
ape erk azam paling realistik?

1st: nak jadi suami yg terbaik (pas kawen la)
2nd: nak beli rumah
3rd: kurangkan perbelanjaan guna kad kredit..
4th: bayar hutang ptptpu tiap2 bulan
5th: nak elakkan dr tambah lebih ramai musuh
6th: keje dgn lebih teratur (xnak serabut2)
7th: menang peraduan cabutan bertuah (bank/shell)..

hopefully tercapai la 7 perkara tu tahun ni..
amin.....

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons