Wednesday, May 5, 2010

menghitung hari

dah makin dekat ni mcm2 lak rasa..
gemuruh ada.. sometimes tu cepat je lupa pape yg penting
xsempat jgk nak wat persiapan2 lain..
keje keje keje.. balik umah je da tentu penat & nak tdo.. aiseh..
nak cuti & tdo puas2 isnin depan.. huhu

Tuesday, April 13, 2010

pantang larang masa bagi ceramah a.k.a taklimat

dah lama nak tulis isu ni tp skang baru berpeluang..
tambah membuak2 pas terdengar cite yang tak sedap didengar
komen pasal bg2 ceramah ni..

pantang mcm2 pantang.. aku pun sambil blajar lagi cemana nak bg ceramah sebaik mungkin..
ada yg aku dapat dr slide2 panduan pengucapan awam & ada jugak drpd kawan2..

1st: jgn kuarkan ayat2/perkataan2 tidak sopan.. contohnya babi, celaka, haram jadah
      kang xberkat lak ilmu tu.. satu hal lagi takut audiens malas dgr
2nd: elakkan dr guna ayat:
        " sebenarnya sy tak brape pandai bab ni tp dah terpaksa "
mcm nak dedahkan kelemahan diri..
3rd: jgn malukan individu dengan buat lawak guna nama audiens atau mak bapak audiens
4th:  jgn wat lawak yang susah nak difahami dan akhirnya ketawa sendiri or lawak basi..
5th: elakkan dr berjanji tp tak berniat pun nak tunaikan..
6th: jawab soklan yg ditanya & pastikan tak lari tajuk.. da tak tau nak jawab tu tu baru la kata nak semak dulu ke hape ke..senang cite jgn bodoh sombong..
7th: paling penting aku sedar ialah if yg nak bg ucapan tu level B biarla ucapan tu  bertaraf A ke B+ ke atau A+.. jgn lak yg bg ucapan tu gred B tp ucapan ala2 C- ke D ke..fail la..

pe lagi erk tips nak bg ucapan rasmi ke ceramah ke erk..
kot ada tambahan bleh ar aku update..

Thursday, March 25, 2010

dosa besar tabur fitnah & burukkan nama orang... settle kat akhirat

ish..ish..ish.. (harap2 korang bleh faham cite ni)

ape nak jadi da ngan orang sekarang ni
biasanya aku akan bising if ada org kenakan member2 aku tp kali ni jadi kat org paling dekat & rapat dgn aku lak..

masa bertunang dulu dah decide dah pun antara 2 keluarga yang keluarga aku akan dtg masa cuti skolah bulan 3 untuk hantar belanja hantaran.. of kos la kluarga aku excited bila nak tggu hari trsbt disebabkan xlama lagi akan dapat ahli baru dalam keluarga..
pihak dia pun dah aware pasal ni..& disebabkan ahli keluarga dia yang tak ramai maka lagila wajib semua ahli kluarga dia ada hari tu.. takkan nak tggl kat mak abah je sambut2 tetamu dari jauh..

then...
mggu  hari nak bertandang tu tetiba dia dapat surat untuk tugas luar pd hari sabtu..
dahla lambat dapat arahan & xde lak inform dulu dia kena wat tugas tu..
dah timbul konflik dlm diri dia:

1st nak jaga hati keluarga yang akan datang bertandang
2nd nak tepati janji tarikh yang dah booking utk kluarga aku hantar blanja..
3rd nak jaga hati mak abah kat rumah yang nak semua anak dia terlibat hari tu
vs
nak ikut arahan tugas luar yang mcm ambil mudah & bg last minit

cmne la pendapat korang erk...
dia pun maklumkan pd 2 org yang incharge lantikan 'tugas ' tu
dah bgtau pd orang pertama so orang pertama tu mcm xrespon until 3rd time br reply
then sbb bimbang hal ni tak disampaikan pd org atas dia pun contact org yg kedua...
so org yang kedua ni lak bagi jaminan

"KAU TAK PERLU RISAU..DAH MASUK MITING PENGURUSAN PUN.. DAH ADA JABATAN XXX YANG GANTI"

if aku pun kalau urus setia dah bgtau cmtu maknanya xde la lagi nak kena wat tugas tu..
then bolehla penuhi hasrat keluarga dan bakal keluarga weekend tu.. dengan fahaman xjd isu la bila dia xgi wat tugas tu nanti & hal tu dah dimaklumkan kepada pihak yang sepatutnya la..

yang jadi isu lak sbb ntah mulut sape gi bawak cite dia ni xwat tugas tu sbb takot la.. sebab gi kursus kawen la.. lari la & ntah pape lagi lak alasan. terpulang sesape nak buat andaian tp bila sampai dah jadi buah mulut & buat dia terasa hati (termasuklah aku) maknanya fitnah la tu.. apa lagi kita tuntut di akhirat la...

Saturday, March 6, 2010

promote tudung HELWAH COUTURE

 bley view blog nih: http://fai3dealova.blogspot.com 
semua tudung ni ummi & faie yg jahit sendiri..
nak view real pun bley if nak tgk kualiti jahitan tudung2 tu
tp inform dulu..

Wednesday, February 24, 2010

budak koleq

semlm ada ptd br masuk bhgn aku.. so ni la perbualan awal antara aku ngn dia sbb nampak dia cam kebosanan tgk pc yang takde connection internet
aku: ko study u mane?
dia: usa
aku: dalam hati "mcm siot.. sebutla nama u tu then br la usa tu"
owh... ko skolah mane la sblm tu?
dia: malay college kuala kangsar...(penuh lak dia jwb)
aku: budak koleq la.. ('ko sebut mckk pun satu malaya da tau').. ko ni batch mane?
dia: 03
aku: erm..aku 01.. house ape dulu?
dia: ahmad shah..(sambil blur2)
aku: weh.. ape pulak ahmad shah..mohd shah ke ahmad? kaler pe la house ko tu?
dia: biru (dengan penuh conpiden)
aku: ko jgn wat malu koleq.. kat koleq mane ada house kaler biru.. koleq merah kuning hitam ngan putih je... (kena squad jump jugak dia ni kang)
pastu aku malas da tanya dia pasal life koleq ke ape ke yg ada kaitan ngan koleq.. dia penah masuk koleq dr form 4 & mgkn sbb tu dia xde speret koleq tu...
= we are the cream of the malays =

Sunday, February 14, 2010

hepi chinese new year

post ni spesel untuk best fren aku cik maebel leong sai fong yang da kekenyangan makan besar semlm...kenyangnya sampai ke hari ni..fuh...
cmne kitorg leh rapat erk..erm..masa kursus DPA INTAN la kitorang kamcing.
kebetulan lak sesama exco..mae ni orang paling positif pernah aku knal.. tak rugi berkawan ngn dia ni..januari ni dia start posting baru kat KPM.. kalau sebelum ni aku incharge unit latihan skrg ni dia lak yang incharge latihan..aku pun januari ni dpt posting baru.. gudluck beb..

untuk cik mae...
selamat tahun baru cina ye...
xtau nak beli kad sbb xpaham makna tulisan dlm tu..

Wednesday, February 3, 2010

:: DUAsembilanSATU ::




Friday, January 29, 2010

School's anthem

Oh Kolej Melayu
Harapan Bangsaku
Dengan Sejarah yang Cemerlang
Harumlah Namamu

Kolej Istimewa
Didikan untuk semua
Keluar membimbing negara
Maju terus mara

Banggaku rasakan
Khidmatku berikan
Takku lupakan jasa-jasamu
Oh Kolej Melayu

Thursday, January 14, 2010

kalaulah aku....

erm..bukan nak nyanyi lagu P Ramlee pun..
cuma nak kaitkan dgn situasi kerja seharian...
teringat ape yg jadi pada kawan di manchester yg mengalami nasib xbrape baik mggu ni.
kalau ada kaitan dengan yang hidup dan yang mati pun biarlah...sebagai renungan di petang yang mendung ni.


kalaula aku dapat naik pangkat....
lagi cepat aku pinang achikpaie.. =)
kalaula aku dapat naik pangkat....
patutla aku usaha lagi utk naik lebih lagi..hehehe
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku guna untuk nak sombong dengan staf lain.ish3x mintak simpang
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku malukan sesape depan orang lain.. berdosa besar aibkan orang..
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatutla aku sesibuk peringatkan gred manakah org yg berckp dgn aku tu...
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku nak emo2 tak tentu pasal bawak mslh dalaman lepas kat org lain...  
kalaula aku dapat naik pangkat....
xpatut aku nak tentukan org tu ade komitmen ke x w'pun org tu blum kawen ke ape ke..

Allah itu Maha Adil...amin....

mane tahu nanti tuhan balas balik kat kita sampai kita ditinggalkan sorg je xde pasangan dah..hah masa tu la baru nak ingat balik time kita sibuk2 lepaskan marah kat org lain..

kalaula aku dapat naik pangkat....
kalaula aku dapat naik pangkat....


brape byk kalau la...huhu

Tuesday, January 12, 2010

bye bye BPSM hai hai BI

officially semlm 11 januari aku tukar ke bhgn infrastruktur..
dapat surat hari rabu lepas & b4 out station gi gerik sempatla turun BI..
kononnya nak survey & booking memana post kosong tp cuma ada 2 je pun post kosong..pasrah la dapat mana pun..keje tetap keje..ni pluang utk tambah lagi kemahiran bidang. bidang sebelum ni takla mahir tp at least tau la jgk sket2 if org tanya isu HR ni...

sgt best kerja di BPSM sepanjang 2 tahun ni.. tanx bebanyak kat semua warga PSM.
masuk BI ni mgkn ambil masa kejap utk nak stabilkan diri.. beza la PSM ngn BI ni tp da nampak da cmne bestnya wat keje baru ni..hopefully dapat wat yg terbaik..

sedih jgk sbb da xnampak achikpaie depan mata..huhu.. tp da sepatutnya pindah pun.belum declare lagi dah aware pasal kemungkinan kena tukar bhgn ni so terima je la dgn hati terbuka.. bukan jauh mana pun..beza 4 aras je.

tak tau nak tulis pe cuma mggu ni agak tak best sebab semlm je da kena gi kecemasan putrajaya tp balik b4 dapat rawatan sbb da tak tahan sakit kepala tggu lama sgt..then pagi ni pun gi balik hospital putrajaya untuk check up then dapat tau ada lak sakit lain..tensen2.. da kena berpantang pulak.. harap2 esok xde pape yg xmenarik jd pulak la.. doa2 la moga cepat sembuh sakit tu...amin....

Sunday, January 3, 2010

hepi new year

da masuk 3 januari pun ni..tp blum terlewat utk wish korang selamat menyambut tahun 2010..
xsempat pun nak pikir ape azam tahun 2010 ni sbb nak pikir pasal keje lagi satu hal..
maybe next week nak cuti lama sket utk rest n balik kampung.
ape erk azam paling realistik?

1st: nak jadi suami yg terbaik (pas kawen la)
2nd: nak beli rumah
3rd: kurangkan perbelanjaan guna kad kredit..
4th: bayar hutang ptptpu tiap2 bulan
5th: nak elakkan dr tambah lebih ramai musuh
6th: keje dgn lebih teratur (xnak serabut2)
7th: menang peraduan cabutan bertuah (bank/shell)..

hopefully tercapai la 7 perkara tu tahun ni..
amin.....

Saturday, December 26, 2009

malam ... ....

just nak share ngn korang event dua tiga hari lepas..
malam yang ditunggu-tunggu.. hampir2 xdpt gi sbb dah full
mujur ada yang tak jadi gi so aku ganti la diorg tu..
last year gi sbb jd urus setia so tahun ni nak sgt gi jd tetamu  =D
mcm biasa la bila tiba bab makan ni xbrape best sbb ada seafood..
rugi jgk alergic mkn seafood ni..
majlis tu xbrape happening sbb aturcara cam tak teratur sket..
n habis agak lewat..
pape pun tahniah pd urus setia tahun ni
best jgk venue mlm tu..best3...
mgkn next year leh wat yg lebih baik..

bbrp cdgn penambahbaikan...
  • pastikan semua warga kementerian dpt gi (xde kecuali) lagipun diorg pun tenaga penggerak kementerian;
  • wat bbrp anugerah yang semua org bleh vote spy lg happening majlis tu;
  • cabutan bertuah collect dr awal n tiap2 selang masa tertentu just umum pemenang;
  • video tahunan pttnya lebihkan aktiviti yg melibtkn pic warga kem yg lain..
  • peg prhbgn awam yg pttnya jd mc semua event kemntrn sbb tu core diorg (mc mlm tu memang dah best pun, cuma nak jgk tgk peg unit tu jd mc sprtimana jbtn2/kemntrn2 lain wat)
harap2 xla kena ban sbb bg cdgn/pndangan ikhlas cmni.. jg marah haa

Tuesday, December 15, 2009

tiga tahun dalam government

tiga tahun



http://www.flickr.com/photos/68617652

dah cukup 3  tahun (18 dis 09) pun aku keje gomen ni.. paling lega sebab dah confem jawatan & dah sah dalam perkhidmatan.. hopefully budak batch aku yg lelain tu pun da confem.. byk siot kenangan 3 tahun ni..  dalam 3 tahun ni jugak aku da posting kat 2 tempat..1st BPO, JPA &  2nd PSM, KKLW.. yg paling takleh lupa & xnak ulang mestilah pasal DPA.. byk jgk dapat pengalaman indah sepanjang DPA especially ngan sidang paling gempak (sidang A), team exco yang berjoging time malam masa bulan pose & SS2.. masa kat JPA seronok sbb yg sesama batch ni aktif so slalu la lunch sama kat kafe C3. after DPA tu yang berpecah sebab ramai bertukar..




best duk post latihan ni.. thanx kat puan ani ahmad (KPSU) coz byk bagi tunjuk ajar sepanjang urus program latihan.. termasuklah saiful adli (rujukan utama) yang skang da kat unit servis.  best dapat team latihan yang sporting dan best jugak sebab dapat kenal ramai orang..   cuma post  psu yang 1 lagi tu je yang asyik berganti-ganti.. awal bulan ni saiful lagi..then tgh tahun Jun@jeane (sebulan je) then raziman (2 bulan lebih) then liza juliana (baru 3 minggu).. hopefully dia kekal lama sikit jaga latihan ni.. mane tau ada rezeki aku lak bertukar ke memana bahagian lain.


tahun ni jugak ramai sgt kengkawan aku yang da kawen.. termasuk dak koleq.. hepi tgk kengkawan yang da kawen ni sbb aku pun nak kawen jugak.. wedding kuchai aritu best sbb dapat jumpa ramai dak batch 9701 yang lain.. pokle kawen xleh gi sbb jauh kat kelantan tu..mat mujur kat kuala pilah jo..  if pasni ada wedding kengkawan insyaallah aku gi (kalau dijemput la) batch ptd 2/2006 pun da ramai yang kawen.. tahniah korang semua.. geng yang kawen tahun ni cuma ayol & didi.. so tahu depan bakal menyusul mila&um, yantie, min n max lak.. amin.. 
 




bola bola bola.. tournament futsal makspen dapat naib johan.. mcoba just layak quarter final.. pptd lak dapat tempat ke3..frust tul takde medal johan tahun ni.. tahun ni dalam sejarah la takde medal johan..mungkin da xseperti dulu.. yang penting sekali dalam idup ni dah penah main untuk masum.. aku lagi suka bola padang daripada men futsal..futsal ni xleh rehat.. pas attack kena lak defend.. at least maen bola padang tu kalau maen position striker leh la relax sket if da xlarat.. dengan team bola PPTD ada la gi sabah tahun ni.. ingat lagi 1st time gi sabah masa time skolah sebab ada game bola suku akhir peringkat kebangsaan..1st time sepanjang main utuk team koleq dapat kad kuning masa lawan team sabah..


balik pada tiga @ 3 tahun  aku dalam servis PTD ni.. aku bangga dapat maintain sampai ke hari ni.. hopefully akan terus sampai pencen.. lega jugak sebab dah sah dalam perkhidmatan ni.. cukup 3 tahun ni jugak da bleh stop dari potong duit kwsp.. tapi tak tau la brape lama proses untuk stop potongan tu.. lagi cepat lagi bagus la.. lastly aku harap bila da cukup 3 tahun ni xde la orang lain pandang batch aku sebagai hingusan lagi ke masih hijau ke.. if ada kelalaian aku sepanjang 3 tahun ni yang masih belum diperbetul harap dapat teguran dr korang especially kawan2 n bos2 kat KKLW ni..

 

Monday, December 14, 2009

12 disember 2009

sabtu 12 disember..  spupu aku (alif farhan) bertunang..dia anak kedua dari 6 orang adik beradik yang semuanya lelaki (hang tuah 6 bersaudara)

Minggu ni aku balik kampung pun naik bas disebabkan 2 minggu sblm tu da balik naik kete..lagipun tayar kete persona tu kena tukar semua skali sbb dah haus & xbrape sesuai untuk travel jauh..huhu..
kitorang gerak dr rumah kul 10.30 pagi..baru 2-3 minit gerak bakal tunang alif tu mesej bgtau blum prepare & mintak kitorg gerak dlm kul 11. tp disebabkan sume dah gerak kitorang teruskan je perjalanan..
memang awal pun sampai dan diorang pun xsettle semua persiapan..mujur family diorg sporting & slumber so kitorg masuk je la.. bila dah habis sampaikan hajat pun bakal tunang alif ni blum siap..
opah da standby nak sarung cincin tu.. xlama pastu baru lah shidah (tunang alif) datang & masa sarung cincin terserlahlah kegugupan nak disarungkan cincin tu..
pape pun tahniah utk spupuku yang da ikut jejak aku
semoga lebih bersemangat menghadapi hari2 mendatang dan belajar membentuk keluarga bahagia mulai dari saat ini..



"teringat nasihat pakcik aku masa bertunang sebelum ni..-pertunangan bukanlah tiket untuk segala-galanya..bukan lesen L pun..cuma sebagai tanda persiapan untuk melaksanakan majlis perkahwinan kelak.."

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons