Tuesday, August 31, 2010

lurus dan rapatkan saf

topik kali mainly pasal solat jemaah..
da beberapa kali aku tgk diorg ni ramai jugak yang nak berjemaah kat surau..
terang2 + jelas2 kat dinding tu ada tulis tolong lurus dan rapatkan saf.. even pak imam pun ada mention kekadang tu b4 start takbir TAPI still jugak ada yg tak reti2 nak luruskan dan rapatkan saf
nak jugak wat pot tepi2 tiang, tepi dinding
ntah ape la yg ada..kot2 la ada yg spesis nak terkucil tetiba dahtu kalau lambat je berterabur la kang
so sesape yg ada terbaca blog aku ni tolongla educate sket org2 yg nak semayang jemaah ni supaya time solat jemaah tu lurus dan rapatkanla saf tu..
ada satu kes tu beria btol pakcik ni xbg bebudak blum cukup umo tu sebaris ngn jemaah lain
alih2 dia yg semyg sorg dia baris tu taknak join jemaah lain..
so skali lagi aku harap korang dpt tegur benda2 simple dan betulkan if ternampak life depan mata
aku pun akan pastikan hal cmni xjd depan mata..
cuma td je time terawikh aku terpandang serong kat pakcik sebelah kiri aku yg xnak rapatkan saf..
bucuk ke aku nih padahal da sembur perfume sblm gi..

Tuesday, August 10, 2010

:: Buat Suamiku Yang Tercinta :: Ketika Allah Memilihmu Untukku ::

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..

Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..

Orang tua yg begitu sempurna..

Dengan cinta yg begitu membuncah..

Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..

Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin
menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..

Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,

Kau dan aku akan menjadi 'kita'..



Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,

Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka pimpin tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..

Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..

Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,

Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah.. Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..

Namun tatap mataku, tersenyumlah..

Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..

Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..

Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap teduhanku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..

Maka dimataku kau adalah yang terindah,

Kata2mu adalah titah untukku,

Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah teduhan yg indah, yang kukuh…

Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..



Padamu yang Allah pilih menjadi penyangga hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..

Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..

Yang di puncaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,

Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..

Yang darahnya mengalir darah syuhada..

Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh barkah, kau mampu membentuk mereka..

Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu..
Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi.. Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

..FAIDAH..

Monday, August 2, 2010

Restoran RIMBA KLASIK kotor???

aku xde nak menghasut mana2 pihak tp ni ape yg jadi kat aku semlm..
aku, faie n my cousin gi makan kat RIMBA KLASIK, bangi.. korang tau kot ktne..
xtau la kebetulan ke atau memang da berbulan cmtu xpasti la..
cuma semlm aku tgk kebersihan restoran tu sgtlah hampeh..
meja kotor, berlekit.. ntah cemana la diorg servis tempat tu..
kebetulan jugak air xde semlm.. dahtu xde lak diorg standby air utk basuh tgn..
tandas of kos la lagi teruk dr tandas awam x terselia..
menyesal lak gi situ semlm.. terpaksa stay jugak sbb stail aku da duduk tu malas nak kuar bgn cari kedai makan lain...huhu.

1 lagi kes.. group yg makan blakang aku tu ada yg makan nasi goreng .... then ada la udang goreng skali..
habis makan br diorg perasan ada telur lalat kat kpala udang tu..
bila aku dgr tu terus aku sibukkan diri sbb nak tgk dgn mata sendiri.. memang ada telur tu..
uweeeeekkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!
kesian achikpaie pun order benda yg sama..
so terus kena stop makan la..

KOTOR dan XUTAMAKAN KEBERSIHAN..
nak mintak jbtn ke agensi ape untuk siasat erk??

kpd pemilik dan pekerja restoran RIMBA KLASIK tu tolongla utamakan kebersihan..
nak jual benda makan kat orang ni kenala sediakan yg terbaik.. kang xberkat duit yg dpt tu..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons